Husna Mansor
Bonjour!



Keep blogging ! :)




Travel this

Story About Links Goodies


Sweetsour


kata hati .
Monday, August 31, 2009 | Monday, August 31, 2009 | 0 comments
bak kata orang . .
kata hati cukup sukar untuk dimengerti , mungkin dulu aku memang tak tahu . . apakah maksud yang tersirat di balik kata-kata itu .
kini , aku sendiri tidak memahami hati aku sendiri . . kadang kala membenci , kemudian menyayangi . . menyanjungi . . dan akhirnya cukup benci . . benci . . dan sentiasa mencari peluang untuk menghindari . .
sungguh tidak aku sangka . . begitu hebat perdebatan antara akal dan hati . . walaupun menjadi penghuni kepada jasad yang sama . . namun , terlalu panjang tempoh waktu yang diperlukan bagi memutuskan setiap keputusan . .
jasad . .
sebagai tempat yang dihuni . . hanya menerima dan memberi setiap apa yang diputuskan . kau terlalu redha menghadapi setiap akibat yang bakal dihadapi . . walaupun kau tahu . . ia akan buat kau kecewa , terkilan nan terluka . .
hati . .
kau memliliki pelbagai impian yang ingin kau perolehi . . yang ingin kau rasai . . sedangkan kau tak tahu apakah halangan dan rintangan yang bakal kau hadapi di setiap perjuangan mu . .
kau tak pernah melakukan segala yang dilakukan oleh akal yang sentiasa berfikir , berfikir , dan berfikir . . kau hanya mementingkan kehendak dirimu sendiri tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari . .
akal . .
kau sentiasa menjerit pabila kehendak hati bertentangan dengan kehendakmu . . dan akal . . kau seringkali cuba mencari akibat buruk yang diniatkan oleh hati . . walaupun kau tahu antara banyak-banyak kehendak hati . . pasti secebis darinya adalah benar . . malah kadangkala ianya memberi kebaikan dan keselesaan kepada rumeh tumpanganmu . . iaitu jasad . . kau terlalu ego dengan apa yang kau kehendaki . . kau hanya mahu dituruti tanpa sebarang bangkangan . . walaupun kau amat sedari . . untuk mencapai impianmu itu , kau cukup tidak tenteram . . tidak bahagia . .
hurm , mungkin inilah yang membuatkan kehendak diri sendiri sering berubah-ubah . .mula mengikut kehendak hati . . namun akhirnya beralah kepada kehendak akal . . atau pada mulanya yakin kepada akal . . tetapi akhirnya kecundang pada kehendak hati . .
dengarlah wahai akal . . mengertilah wahai hati . . jasad ini terlalu inginkan sesuatu yang mampu mententeramkan dirinya . . juga menjamin kehidupan di masa akan datang . . sesuatu yang menbahagiakan . . tanpa meracuni . . tanpa mencurigai . . tanpa menyakiti . .
segalanya tidak mustahi andai kau . . akal dan hati . . bersatu memutuskan keputusan yang akhirnya membuatkan jasad ini . .
aman dan harmoni . .


Older Post | Newer Post