Husna Mansor
Bonjour!



Keep blogging ! :)




Travel this

Story About Links Goodies


Sweetsour


10 jenis lelaki yang mengecawakan .
Saturday, July 10, 2010 | Saturday, July 10, 2010 | 1 comments

actually aku jumpe bout post neh dari salah sorang sys blogger tuh . and terase nak m'copy lak !


saya copy ehh sys (:



10) yang kuat menganjing.

I sebenarnya tak faham kenapa yang muka hensem selalu ada perangai kuat menganjing, konon nya macam movie mat saleh lah mesti dia hero dalam gang yang rambut cacak pakai jaket kulit hitam. Kalau dekat sekolah pun, pelajar lelaki yang selalu kena denda atau hentam dengan cikgu disiplin mesti ada seorang yang sangat hensem dalam kalangan yang tak-berapa-hensem stand out sikit, lepastu kita akan usha dia dari jauh sambil berkata, Haish kenapa lah kau hensem tapi perangai buruk? Memang bad boy yang psst (bunyi melecur), hot. Golongan lelaki kacak kuat menganjing sangat pantang pada apa apa yang boleh dianjingkan. Kalau pasal sebiji cekodok pun diorang mampu anjingkan kau sampai menangis sehingga habis hayat. Setiap kali terjumpa pun mesti kena benda sama, "Aaarghahaha mat cekodok weh mat cekodokkk, kodok kodok kodok kodok." Kalau ada subjek / mata pelajaran "Menganjing", mesti setiap tahun dekan.


9) yang membenci tanpa sebab.

I tak boleh nak cakap apa apa dah lah untuk lelaki hensem yang sebegini. Yang i rasa i tak pernah buat salah pun dekat dia lepastu i tercakap, "Aku rasa dia hensem," pada rakan-rakan taulan. Dan rakan-rakan taulan akan kata, "Padahal dia benci kau pulak." Yang sampai beratus kali i tanya pada semua orang kenapa dia benci i, semua orang takkan tahu apa sebab dia. Golongan hensem begini amat mendukacitakan kerana bila berjalan sebelah mereka, dan bila kita try untuk senyum, dia akan jeling dekat kau dengan jelingan penuh benci yang tajam sekali. Pasrah je lah.


8) yang tak pandai mengaji atau baca doa.

Biasanya, dia akan dikecualikan dari doa makan. Doa makan dia tahu lah macam mana nak baca, tapi kalau doa makan semasa berbuka puasa, kalau dia tersipu-sipu malu itu, baik lah awak yang si perempuan pergi mengetuai doa makan untuk coverkan si kacak ini.


7) yang tak hormat pada orang tua.

Haish, dah lah. Ini lah yang paling turnoff sekali kalau dibawa berjumpa kedua-dua orang tua kau. Dia akan berlagak seolah-olah dia yang paling pandai sekali, dia tahu semua tentang dunia, jadi mak bapak I yang kena dengar apa dia cakap. Kalau bapa I cakap sesuatu yang sangat contradict dengan pendapat dia, dia akan berpendapat, "Bila aku kahwin dengan kau, aku akan sekolahkan bapak kau," Ataupun yang memang hobi dia melawan cakap cikgu. Bila cikgu tanya sikit, nanti dia bergolak, terus muka murka dan menengking-nengking.


6) yang penakut.

Bayangkan kita satu gang dan dengan misi hendak menghantar assignment tengah malam di bangunan yang memang terkenal dengan cerita hantu. Assignment sebab nak kasi gambaran betapa pentingnya lawatan ini diadakan. Maka, kita pun gerak lah sekali dan dengan beraninya yang terhensem ini mengetuai kumpulan, placing paling hadapan, dia yang beri arahan. Tapi bila dah sampai dekat bangunan yang memang terkenal dengan cerita hantu, tiba-tiba dia menyorok bawah ketiak kau, dengan bunyi siamang merengek-rengek macam bayi minta satu group tolonglah pusing balik, patah balik, dapat markah kosong untuk assignment pun tak mengapa, tak pun, korang pergi je lah satu group hantarkan assignment aku, aku nak patah balik sebab aku sebenarnya hensem tapi amatlah penakut, bye.


5) yang obses pada diri sendiri.

Kalau diberi cermin, dah lah bye girlfriend kat sebelah yang merengek-rengek macam bayi untuk perhatian tiba tiba tak nampak. Takpun yang selalu bangga dengan tubuh badan sendiri yang ada 6 ketul di perut, OKAY *DROOLS* INI SEMUA PUN AKAN BANGGA SAMA, tapi sayang, sentiasa membangga-banggakan diri dan jual cerita kehebatan dia bersukan atau kehebatan menang pertandingan jejaka terkacak di pinggiran sebab "Oh well, i kan hensem mesti lah menang, u nak touch i punye muscle dekat lengan?" *sambil roll up kan sleeves ke atas bahu*. Takpun, yang tahu dia hensem dan bila berjumpa kau, akan sediakan kau dengan soalan teka-teki yang sama, "Okay lah Iz, okay, I dah penat dah, cuba u bayangkan kalau i bukan kawan baik u, u tengok dari jauh mesti u ingat i hot kan? MEMANG AH SEKARANG U TAK INGAT I HOT SEBAB I DAH BERCAKAP DENGAN U, kalau tak mesti u cuba curi boxer i sebab rakuskan perhatian i amchjakxcnznmtmcks,"


4) yang tidak tahu melawak.

Apa ni, mentang-mentang muka dah hensem, kemahiran berlawak pun tidak mengapa jika dikurangkan. Muka dah hensem, bila nak berbual dengan dia pun, mampu tatap lama-lama tapi topik kegemaran sentiasa tentang cuaca dan temulawak. Takpun, gemar plagiat lawak kawan. Bila kawan sebelah baru je berlawak, nanti dia repeat balik apa yang kawan sebelah cakap lepastu gelak sendiri. Dari I buat muka berkerut, kening naik sebelah, memang lah I sanggup pura-pura gelak sebab tengok you gelak memang sangat comel, tapi untuk gelak bersama, oh no no no. Lelaki begini patut disimpan dalam sangkar luar rumah untuk tatapan, setiap kali dia mengiau, kita beri makan. Awww, boleh dibelaaa!


3) yang benci perempuan bertudung.

DAH LAH. Ni macam apa-apa jadi pun, I akan terefek sekali. I lah yang paling sedih sekali kalau satu geng tengah usha seorang mamat hensem dari jauh, sekali ada kawan dia membawa berita di mana dia tidak suka perempuan bertudung. Sumpah yang ini paling mengecewakan. Sebab memang setiap kali I terattracted dekat mana-mana lelaki hensem, mesti ada lah seorang dua kawan tiba-tiba bagitahu, Oh eh dia tidak suka perempuan pakai tudung. Sebab bila abang dia bawa balik girlfriend yang pakai tudung, dia akan kata, HAHA KENAPA DOH ENGKAU DAPAT AWEK PAKAI TUDUNG =_=


2) yang terlebih nafsu pada perempuan.

Yang ini sangat mengecewakan bila kita baru nak start sayang, tapi belum apa apa dah tahu dia kuat main belakang. Kuat main belakang di sini ertinya berpasangkan 4 lagi perempuan selain kau ye. Yang selalu akan mengecewakan perempuan kerana Oh well, handsome mesti lah ada power nak pilih dan mempunyai ramai girlfriend. Yang akan buat kita tertanya-tanya, ku sangka kan satu, rupanya lapan. Yang memang sering dimusykili tahap kesetiaannya kerana mungkin terlebih sayang kepada kaum perempuan maka terpaksa bercinta dengan semua sekali.


1) yang tiada nafsu pada perempuan.

I taktau lah you all tapi golongan begini lah yang paling paling mengecewakan. Biasanya mereka terdiri daripada satu geng yang pergh, dah lah tinggi, badan tegap tapi cukup humble dengan ketegapan yang dimiliki, kulit muka selalu nya putih mulus bersih siap pipi kemerah-merahan macam Aaron Aziz duta Loreal for Men, tidak berminyak pula tu, maka kalau diambil gambar, tiada pantulan cahaya pada kamera, dress up sentiasa paling comel dalam group nya dan selalu yang paling understanding dan sayang wanita. Tetapi, sayang. Walaupun you sayang kaum wanita, tapi you cinta kaum lelaki jugak nok. Dan selalu selalu juga, bila perempuan bertanya, "Bapak dia, hensem gila, tolong lah kirim salam," dan akan diekori dengan jawapan, "Patah weh," DUA PATAH KATA SAHAJA TAPI MAMPU MEROBEKKAN HATI DAN EMOSIONAL. Dan selalu nya yang gay ini jikalau yang dah berboyfriend, si boyfriend pula MESTI LAH KAYA YA RABBI PANGKAT DOKTOR ATAU ENGINEER ATAU SEMUA LAH KARIER PROFESSIONAL YANG ADA.



thnx ehh sys .
bole beri pengajaran pada lelaki-lelaki di sana supaya . .
tolong besarkan biji mata anda pabila membaca post kali ini .
hee , terima kasih (:

p/s : i love youu



Older Post | Newer Post