Husna Mansor
Bonjour!



Keep blogging ! :)




Travel this

Story About Links Goodies


Sweetsour


Gembira diselitkan duka.
Monday, April 30, 2012 | Monday, April 30, 2012 | 0 comments


Salah seorang teman mesra aku sedang bergembira tika ini. Full result 3.93. Tahniah awak. Bila kau meminta izin ingin tweet berbau riak, aku cemburu melihat kau gembira. Tapi aku tahu, hanya luarannya saja gembira serta riak. Sedangkan dalam hatinya sedih, hiba, pilu. Tiada apa yang dapat menggembirakan hati melainkan jika dapat berkongsi kegembiraan yang dirasai bersama ibu bapa tersayang. 


Bila kau mengadu, berkata " Tiada apa yang lebih puas dari melihat senyum kedua orang tuanya " aku terkedu. Aku terdiam. Lambat aku reply bbm dari kau. Aku hanya mampu mengalirkan air mata sayu dari jauh. Hanya itu yang aku mampu. Air mata ikhlas dari aku.


Ya Allah, kasihannya kau. 


Aku terfikir, bagaimana kau jalani hidup kau selama ini? Tanpa kedua ibubapa kau. Kau hidup keseorangan. Tanpa sesiapa. Sedangkan aku? Punya cukup disekeliling aku. Aku punya ibu, aku punya ayah. Aku punya kakak, abang dan adik. Sedangkan kau? Aku cukup lengkap, tapi aku tak menghargai kelengkapan yang aku miliki. 


Aku tak tahu apa yang perlu aku buat kala ini. Jika boleh, aku mahu pergi dekat kau. Peluk kau erat. Tenteramkan kau. Pinjamkan bahu untuk kau bersandar, untuk kau menangis seketika. Itu yang aku mahu buat tika ini. Sumpah. Tapi kita jauh.




Izinkan aku berkongsi ibubapa yang aku miliki ini bersama dengan kau.



Older Post | Newer Post